28 October 2015

Resepi CHEESEMILOKUT

Finally baru ada masa nak update blog .. Ramai kawan-kawan yang mintak Fana share resepi . tapi masa tak mengizinkan ,baru sekarang free. Maaf ye kawan-kawan.

Nak buat CHEESEMILOKUT ni mudah je . yang penting kita kena rajin . Budget untuk buat cheesemilokut ni dalam Rm50 dapatlah dalam 10 bekas . Kos bahan agak mahal sebab guna krim cheese . Biasa Fana buat kalau ada majlis-majlis tertentu sahaja .

CHEESEMILOKUT






contoh bahan yang boleh digunakan ;-)


BAHAN WAJIB

1. Biskut deluxe crackers Hup Seng ( boleh guna biskut marrie mengikut kesesuaian selera individu )

2. Susu dutch lady low fat (boleh guna susu cair )

3. Krim cheese(500g)

4. Susu Pekat(1tin)

BAHAN TOPPING
(ditukar mengikut selera masing-masing)

1. Badam

2. Milo

3. Biskut Cream-O ( Buang krim ambil biskut sahaja. lagi senang beli oreo hancur )





biskut cream-o yang sudah dibuang inti


---CARA PENYEDIAAN BAHAN---

1. Putar susu pekat dan krim cheese sehingga sebati.

susu pekat dan krim cheese yang sudah diputar sehingga sebati
(supecheese)
2. Panaskan susu dutch lady

3. Sangan/bakar badam 

4. Sediakan semua bahan tadi seperti dalam gambar di bawah



 5. Ambil bekas atau loyang mengikut kesesuaian . Atin prefer guna bekas macam tupperware sebab senang nak simpan dalam peti ais


---Kaedah untuk packaging--- 

1. Rendam biskut tadi dalam susu dutch lady yang sudah dipanaskan. Susun biskut dalam bekas secara rapat dan kemas .

2. Bila dah siap susun biskut. Ambil supecheese tadi sapukan atas lapisan biskut . Jangan terlalu banyak dan terlalu sikit. Sederhana sahaja.

3. Taburkan topping atas lapisan supecheese tadi.

4. Ulang langkah 1-3 sehingga berlapis-lapis .

5. Sejukkan di dalam peti selama satu jam supaya supecheese tadi sebati dengan biskut.

6. Siap sedia untuk dipotong. Hasilnya












SELAMAT MENCUBA ;-)