05 November 2015

Resepi Popia PisangCheese Dilimpahi Coklat

Resipi ni along fana yang suggest, so sementara semester break ni kan. Fana pun try test la. Senang je nak buat . Sesuai dihidangkan untuk minum petang. Asik goreng jemput-jemput jekan apakata try resepi baru ni.



Bahan-bahan :

Pisang
Kulit Popia
Kepingan cheese

Sedikit tepung
Sedikit coklat masakan


Cara-caranya :

1, Hiriskan pisang kepada 3 bahagian
2. Potong cheese mengikut citarasa masing-masing
3. Balutkan 1 hirisan pisang bersama 1 hirisan cheese di dalam kulit popia dan gulung kemas
4. Bancuhkan sedikit tepung gandum untuk melekatkan bahagian hujung gulungan supaya tidak terbuka semasa mengoreng.
5. Setelah siap menggulung, popia pisangcheese sedia untuk digoreng.
6. Setelah siap digoreng ranggup, susun kan popia pisangcheese di atas pinggan , kemudian parutkan sedikit coklat di atas popia tadi.
7. Siap untuk dihidangkan.


Simple je kan. Selamat mencuba semua





No comments: