|
gambar
raya pertama dan terakhir ABAH !
|
ya Allah! Tuhan saja
yang tahu bagaimana hati rindu dengan arwah abah ! rindu . rindu . rindu sangat . kadang2 kenangan bersama
ABAH terngimbau di ingatan secara automatik. kenangan abah bawak kami jalan2
kemana juga kami nak !
makan,shopping sambil
survey barang untuk bisnes dia ! sampai nenek pon cakap pada kami "hai
!budak2 jusco dan makro tuh memang playground korang la ye!
Kadang-kadang hanya air mata tidak dapat tertanggung kerinduuan terhadap abah. rasa macam abah masih ada jaga kami .
kehilangan Abah sangat dirasai oleh semua Ahli keluarga terutama MAK ! Mak kehilangan TEMAN
HIDUP yang sudah 18 tahun bersama ! kami kehilangan seorang HERO yang sangat
cekal meghadapi kehidupan !
ABAH !
dia seorang insan
yang sangat cekal ! dia phsyically nampak sehat sangat tapi dalaman hanya
keluarga dan ALLAH saja yang tahu betapa sakitnya dia menanggung SAKIT BUAH
PINGGANG ! terpaksa menjalani HAEMODYLYSIS setiap 3 kali seminggu ! dia
menghidap penyakit ni lebih kurang 13 tahun sebelum dia menghembuskan nafasnya
yang terakhir !
Pernah dulu
aku selalu teman dia ! kalau dia demam atau dia mintak tolong teman .kadang2
bila teringat mengalir airmata ni ! JARUM yang digunakan YA ALLAH punya la
besar ! dia terpaksa terlantar di katil yang disediakan selama 7 jam! dia
xpernah mengadu mengeluh dengan dugaan yang diberi bahkan ABAH buat xtahu je !
dia menjalani kehidpan macam orang normal biasa !
NTAH kenapa tiba2 satu
hari dia rasa Sakit PErut yang teramat !
dia mintak tolong abang
bawak ke hospital PONTIAN ! kami ingatkan cuma sakit GASTRIK biasa yang abah
selalu kena ! doktor check malam tu bagi tau abah xde pape ! bila abang bawak
abah balik dengan selamat kami legaaa..
keesokan harinya
,sekali lagi ABAH minta mak bawa dia ke HOSPITAL sebab dah xtahan sangat
katanyaa! !
mak dengan tanpa
sebarang bantahan pun bawak abah ke hospital ! tiba2 telefon rumah berdering
MAK cakap yang ABAH terpaksa dihantar ke HSA ,JB . .. kami berenam adik beradik
di rumah !
malam mak call cakap
yang abah akan operate malam tu jugak lebih kurang pukul 11 malam ! saya
,abang,dan kak jiha bergegas ke jb tok melawat tapi bila kami tiba abah baru je
dimasukkan ke wad pembedahan ! ya ALLAH ! kami tunggu abah siap operate dalam
pukul 4 pagi ! mak turun bagitahu esok je datang sebab abah xsedarkan diri dan
ditempat di PUSAT RAWATAN RAPI dan xlea melawat lagi !
saya,mak,abang,kak jiha
pon balik ! mak tanpa mengeluh meneruskan rutin hariannya menghantar barang
seawal pukul 5 pagi ! kebetulan masa tu baru naik sekolah selepas cuti
pertengahan semester. aku sambung la cuti , tengahari tu aku hantar adik aku ke
sekolah agama ! balik je rumah !mak baru balik niaga !
MAK dan ABANG tengah
bersiap-siap ! mak nak gi mana ni !
airmata mak
mengalir deras ! mak pesan lepas ni apa pun jadi kita kene reda ! mak ngan abg
ali nak g tengok abah ! doktor call bagitahu yang abah dah NAZAK ! MAK yang
xrehat dari semalam terus menuju ke hsa melawat abah !
kami adik beradik
yang lain tunggu kat rumah sebab adik2 sekolah agama . tepat pkol 5 petang
kakak kepada mak saya ,makngah ambil adik yang dekat sekolah agama dan ambil
kami adik beradik semua nak bawak g jumpa abah ! kami sorang2 demi sorang
menatap ABAH ..tapi adik yang bongsu bawah umur tak dibenarkan masuk ke ICU
,tapi dengan pertolongan makcik dia dpt masuk jumpa ABAH ! ABAH masa tu dah
xsedar,kami hanya mampu berbisik ke telinganyaa... ABAH memang tunggu semua
anak2 dia ,xlama selepas adik bongsu keluar ..
aku
masa tu tengah baca YASSIN xputus berdoa semoga ABAH selamat !beberapa minit
kemudian aku mendengar ABAH menarik nafas ! aku panggil mak !
"MAK ! abah nak
sedar ni ! tapi ....... aku dengar mesin yang mengawal denyutan jantung abah
tiba2 terhenti ! dan bunyi
tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt....
tepat 0715 malam pada
09.06.2008 ABAH kami MOHD ARIF BIN ABU BAKAR menghembuskan nafasnya yang
terakhir . meninggalkan dunia pada usia 47 tahun 3 hari ! 3 hari selepas
ulangtahun kelahiran ke 47 tahun !
06.06.1961
-09.06.2008
ABAH sudah pergi
meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya tanpa sebarang tanda !
aku rebah di pangkuan
mak ! bila keluar dari icu adik bongsu tanya !
"KAK TIN ! lepas ni
kita dah xde ABAH ea ! betapa ciliknya adik yang baru berusia 5 tahun yang
xtahu apa2 lagi tapi sudah diberi dugaan kehilangan tempat bermanjaa..
dan
kini sudah genap 5 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga .tiada lagi gurauan
manja , teguran marah , sentuhan seorang BAPA .yang hanya ada cuma kiriman DOA
semoga ABAH aman kat sana !
alhamdulillah
ALLAH masih beri kami peluang rasa kasih sayang MAK ! walaupun abah dah xda
tapi masih ramai makcik2,pakcik2,sepupu terutama adik beradik yang sangat
menyokong !
TERIMA
KASIH ALLAH
|
aku
bawak dia kemana juga aku pergi !
mohon
sedekahkan AL-Fatihah buat roh arwah
MOHD
ARIF BIN ABU BAKAR
al-fatihah .
|
semoga arwah ditempatkan
dalam kalangan orang2 beriman !