25 January 2015

Hilangnyaa Kasih





gambar raya pertama dan terakhir ABAH !


ya Allah! Tuhan saja yang tahu bagaimana hati rindu dengan arwah abah ! rindu . rindu . rindu sangat . kadang2 kenangan bersama ABAH terngimbau di ingatan secara automatik. kenangan abah bawak kami jalan2 kemana juga kami nak !
makan,shopping sambil survey barang untuk bisnes dia ! sampai nenek pon cakap pada kami "hai !budak2 jusco dan makro tuh memang playground korang la ye! 

Kadang-kadang hanya air mata tidak dapat tertanggung kerinduuan terhadap abah. rasa macam abah masih ada jaga kami . 

    kehilangan Abah sangat dirasai oleh semua Ahli keluarga terutama MAK ! Mak kehilangan TEMAN HIDUP yang sudah 18 tahun bersama ! kami kehilangan seorang HERO yang sangat cekal meghadapi kehidupan !


ABAH ! 

 dia seorang insan  yang sangat cekal ! dia phsyically nampak sehat sangat tapi dalaman hanya keluarga dan ALLAH saja yang tahu betapa sakitnya dia menanggung SAKIT BUAH PINGGANG ! terpaksa menjalani HAEMODYLYSIS setiap 3 kali seminggu ! dia menghidap penyakit ni lebih kurang 13 tahun sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir !

   Pernah dulu aku selalu teman dia ! kalau dia demam atau dia mintak tolong teman .kadang2 bila teringat mengalir airmata ni ! JARUM yang digunakan YA ALLAH punya la besar ! dia terpaksa terlantar di katil yang disediakan selama 7 jam! dia xpernah mengadu mengeluh dengan dugaan yang diberi bahkan ABAH buat xtahu je ! dia menjalani kehidpan macam orang normal biasa ! 

NTAH kenapa tiba2 satu hari dia rasa Sakit PErut yang teramat ! 
dia mintak tolong abang bawak ke hospital PONTIAN ! kami ingatkan cuma sakit GASTRIK biasa yang abah selalu kena ! doktor check malam tu bagi tau abah xde pape ! bila abang bawak abah balik dengan selamat kami legaaa..

  keesokan harinya ,sekali lagi ABAH minta mak bawa dia ke HOSPITAL sebab dah xtahan sangat katanyaa! !
  mak dengan tanpa sebarang bantahan pun bawak abah ke hospital ! tiba2 telefon rumah berdering MAK cakap yang ABAH terpaksa dihantar ke HSA ,JB . .. kami berenam adik beradik di rumah ! 
malam mak call cakap yang abah akan operate malam tu jugak lebih kurang pukul 11 malam ! saya ,abang,dan kak jiha bergegas ke jb tok melawat tapi bila kami tiba abah baru je dimasukkan ke wad pembedahan ! ya ALLAH ! kami tunggu abah siap operate dalam pukul 4 pagi ! mak turun bagitahu esok je datang sebab abah xsedarkan diri dan ditempat di PUSAT RAWATAN RAPI dan xlea melawat lagi ! 

saya,mak,abang,kak jiha pon balik ! mak tanpa mengeluh meneruskan rutin hariannya menghantar barang seawal pukul 5 pagi ! kebetulan masa tu baru  naik sekolah selepas cuti pertengahan semester. aku sambung la cuti , tengahari tu aku hantar adik aku ke sekolah agama ! balik je rumah !mak baru balik niaga !

MAK dan ABANG tengah bersiap-siap ! mak nak gi mana ni !
 airmata mak mengalir deras ! mak pesan lepas ni apa pun jadi kita kene reda ! mak ngan abg ali nak g tengok abah ! doktor call bagitahu yang abah dah NAZAK ! MAK yang xrehat dari semalam terus menuju ke hsa melawat abah !

  kami adik beradik yang lain tunggu kat rumah sebab adik2 sekolah agama . tepat pkol 5 petang kakak kepada mak saya ,makngah ambil adik yang dekat sekolah agama dan ambil kami adik beradik semua nak bawak g jumpa abah ! kami sorang2 demi sorang menatap ABAH ..tapi adik yang bongsu bawah umur tak dibenarkan masuk ke ICU ,tapi dengan pertolongan makcik dia dpt masuk jumpa ABAH ! ABAH masa tu dah xsedar,kami hanya mampu berbisik ke telinganyaa... ABAH memang tunggu semua anak2 dia ,xlama selepas adik bongsu keluar ..
     aku masa tu tengah baca YASSIN xputus berdoa semoga ABAH selamat !beberapa minit kemudian aku mendengar ABAH menarik nafas ! aku panggil mak !
"MAK ! abah nak sedar ni ! tapi ....... aku dengar mesin yang mengawal denyutan jantung abah tiba2 terhenti ! dan bunyi tettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.... 


tepat 0715 malam pada 09.06.2008 ABAH kami MOHD ARIF BIN ABU BAKAR menghembuskan nafasnya yang terakhir . meninggalkan dunia pada usia 47 tahun 3 hari ! 3 hari selepas ulangtahun kelahiran ke 47 tahun !

 06.06.1961 -09.06.2008 

ABAH sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya tanpa sebarang tanda ! 
aku rebah di pangkuan mak ! bila keluar dari icu adik bongsu tanya !
"KAK TIN ! lepas ni kita dah xde ABAH ea ! betapa ciliknya adik yang baru berusia 5 tahun yang xtahu apa2 lagi tapi sudah diberi dugaan kehilangan tempat bermanjaa..






dan kini sudah genap 5 tahun abah meninggalkan kami sekeluarga .tiada lagi gurauan manja , teguran marah , sentuhan seorang BAPA .yang hanya ada cuma kiriman DOA semoga ABAH aman kat sana !

alhamdulillah ALLAH masih beri kami peluang rasa kasih sayang MAK ! walaupun abah dah xda tapi masih ramai makcik2,pakcik2,sepupu terutama adik beradik yang sangat menyokong ! 
TERIMA KASIH ALLAH 






aku bawak dia kemana juga aku pergi !

mohon sedekahkan AL-Fatihah buat roh arwah

  MOHD ARIF BIN ABU BAKAR 

al-fatihah .
                   semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman ! 


No comments: