18 February 2015

Format terbaru lesen kelas D ( Motokar manual )

hye korang. harap korang dah maklumla ye yang lesen kenderaan kelas D iaitu lesen kereta telah banyak di ubah format. Fana sendiri terkejut bila diterangkan oleh tenaga pengajar . Format bertukar harga pun turut bertukar dari RM 700++ dulu dan kini hampir RM 1200++.Fana ambil dekat Johor.

Pertamanya .



Terdapat 3 Bahagian yang harus dilalui oleh calon
A)Bahagian I
B)Bahagian II
C)Bahagian III



A)Bahagian I

Para calon dikehendaki menghadiri kelas undang-undang selama lebih kurang 8 jam sebelum menduduki ujian undang-undang pada hari berikutnya.

Setelah calon melepasi ujian undang-undang dengan skor 42 dan lebih ,barulah calon mendapat lesen L kenderaan.

Calon akan dilatih oleh tenaga pengajar mengikut jadual yang ditetapkan.


B)Bahagian II ( LITAR )


Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) tu macam biasa la kan.
Cek keadaan kenderaan dari bonet depan hingga bonet belakang , keadaan tayar , dan sebagainyaa

Yang bezanya ialah di litar .


Terdapat penambahan iaitu.


  1. Pergerakan di selekoh S**
  2. Ujian mendaki dan menuruni bukit
  3. Pergerakan di selekoh Z**
  4. Memarkir sisi
  5. Pergerakan 3 penjuru
**Penambahan format


Selesai di dalam litar


C)Bahagian III ( JALANRAYA)


Dalam bahagian ini Cara pemanduan calon akan diuji seperti

i)Memandu di jalan yang lurus
ii)Memandu di persimpangan
iii)Membelok ke kiri dan ke kanan
iv)Memandu di selekoh



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Alhamdulillah . Dengan sekali percubaan Fana lulus bahagian II & III . Pada rakan-rakan yang ingin menyambung kembali latihan memandu anda . Hati-hati . Pastikan anda alert dengan update terkini format. Sekadar perkongsian. Maaf andai tersilap

















04 February 2015

Lumrah Wanita

Perempuan . Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society , kental bawak diri tak ada boyfriend , bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran , tetap tidak akan lari daripada bicara soal hati .


Andai hati itu asal nya lembut maka selamanya jua lembut

Suka orang itu , suka orang ini
Nak jaga hati
Tak nak lagha
Tak nak fikir yang sia-sia
kadang-kadang rasa rindu sangat-sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah
Tengok orang couple , rasa nak couple juga , bila fikir balik taknak couple sebab taknak buat perkara menghala dosa , tetapi naluri jiwa terseksa
Tengok orang kahwin nak kahwin juga . tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang .

Pelbagai rasa didengari
Pelbagai naluri merontai
Bercampur baur dalam hati


Itu lumrah sayang
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa
Soal hati dan fitrah rasa untuk dihargai dan disayangi itu biasa

Cuma terkadang diri perlu tahu , fokus dan matlamat kehidupannya di mana.Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi . Diri tidak tentu hala .

Wake up. Hidup dalam dunia realiti yang sebenar.

Puteri-puteri
Perjalanan hidup ini masih jauh
masih banyak yang perlu diterokai
masih banyak yang perlu dipelajari
masih banyak yang perlu difahami
masih banyak yang perlu dihayati

bukan sekadar soal saya suka awak dan awak suka saya,
tiada apa lagi yang menjadi penghalang antara kita
dan jom kahwin semata-mata

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga perlu diberi fokus


Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang
Usah dipadam perasaan fitrah itu bahkan bijaklah dalam mengawalnyaa

Cari dimana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah
Cari dimana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW . Fatimah Azzahra
Cari dimana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti masyitah yang tegar terjun kedalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan



Belajarla menjadi seorang wanita
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.

Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedangkan persiapan diri layu

Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua , tetapi biar mahu sampai ke syurga
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja , nantinya keluarga sudah semakin besar


Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja
perkahwinan penuh dengan tanggungjawab dan cabaran yang menanti



Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu , maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apalagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak
Kalau kita hanay perempuan yang hanya tahu duduk bersenang lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada dibelakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami
kalau kita seorang perempuan yang lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak



Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's list dan belajar jurusan di universiti sahaja
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnyaa diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu


Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya

Setidaknnya belajarla hukum-hukum fiqh
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti isi hati dan jiwa si kecik
Setidaknya belajarlah menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai


Belajarlah memasak . Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi . Asal sahaja mahu untuk belajar
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari
Belajar bagaimana mahu menjadi seorang wanita yang produktif


ya ,

kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Takada orang yang secara semulajadinya tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambiltahu dan mahu belajar.


ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentas langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.



Hidup ini cukup indah dan mudah
Buat apa yang Allah suka dan reda
Dan belajarlah untuk redadengan tiap apa yang Allah kurniakan
Kerana segalanya yang datang dari Allah baik-baik belaka



BERBAHAGIALAH WAHAI MUSLIMAH ,
BIDADARI SYURGA



03 February 2015

Annual dinner BITS 2014


Tak banyak cuma sedikit perkongsian pengalaman handle dinner untuk fakulti di universiti. Mana tahu ada adik-adik yang kena handle dinner nanti. Boleh jadikan ini sebagai panduan atau cetusan idea.Satu pengalaman indah yang segar dalam ingatan .

Alhamdulillah diberi sedikit kepercayaan daripada penasihat fakulti kami untuk handle dinner bagi tahun 2014.Sangat-sangat mencabar dengan segala persiapan .




Untuk yang pertama kalinya dinner kami diadakan di Hotel . Bertemakan konsep malam "Secret Garden" . Tema ini dipilih secara undian oleh ahli kelab. Majlis ini diadakan bagi  mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli kelab serta meraikan senior-senior part 6 yang berjaya menamatkan pengajian.

Para krew menjalankan peranan masing-masing mengikut bidang masing-masing .Seramai 265 orang tetamu telah hadir dan memeriahkan majlis.Jamuan dihidangkan dengan buffet oleh pihak hotel. Majlis ini telah dirasmikan oleh ketua koordinator kami iaitu miss Syafnidar.

Antara menu ialah :

Nasi putih
Ayam masak sos plum
Daging Blackpepper
Sayur Campur
Puding Karamel
Minuman panas dan sejuk







^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^




The making of 


 

Handmade coklat untuk goodies para tetamu yang di buat sendiri oleh krew kami.












                                     Jambak bunga ini dihadiahkan kepada VIP sebagai tanda                                                                         penghargaan


coklat untuk VIP








Alhamdulillah. Suasana dinner
segalanya berjalan lancar




Kaunter Pendaftaran









MEMPERSEMBAHKAN  :)














Barisan pensyarah wanita FSKM

Barisan pensyarah lelaki FSKM 










sir arif














Senior-senior yang diraikan

peace sikit

jemput makan semua









PENGISIAN




Gimik perasmian










Talk

Sedikit perkongsian pengalaman menyertai world programming competition oleh Amir 





Hacker Demonstration 



Barisan artis-artis yang membuat persembahan











Sir faris yang sporting kebaboom




Sir Arif mendendangkan lagu feveretnya mewangi . 


Tayangan Montaj




Juara : CSB4As






naib juara : CSB6At

Cabutan Bertuah 
























Dedikasi Bunga 
















Prom King & Queen 















Terima kasih sudi memeriahkan majlis kami 


Goodies 






Photobooth 


Direka khas oleh krew kami bertemakan secret garden




Props yang disediakan , ade juga sign book untuk kenang-kenangan 










Wajah - wajah putera puteri harapan bangsa yang cerdik cendikiawan

Keluarga BITS

Gabungan pelajar-pelajar ijazah jurusan sains komputer di UiTM perlis bersama barisan pensyarah-pensyarah yang kacak lagi cantik .


Networking 
Netcentric
Information technology




















SEKIAN !

**Sekalung tahniah kepada senior-senior part 6 yang berjaya menamatkan pengajian dan Good luck dalam menempuh alam praktikal . See u on convocation day ;)


Terima kasih juga diucapakan kepada pihak pengurusan Hotel Putra Palace Kangar atas layanan dan perkhidmatan yang superb . Sekalung perhargaan kepada krew-krew hotel yang banyak membantu dan menghias dewan dengan cantik dan havoc.

manager yang berdedikasi yang sanggup menunggu sehingga majlis selesai




SINCERELY ,


Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan daripada ahli kelab dan para pensyarah. Kami pihak penganjur  memohon maaf andai ada kekurangan dan kekhilafan sepanjang majlis berlangsung.

"Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan segala kekurangan itu daripada diri kami sendiri"

All Crew netcentricians ,






Kenangan crew part 3 - Bachelor in netcentric computing 
2014 -  Uitm arau




_________________________________________________________________________________