Pertamanya .
Terdapat 3 Bahagian yang harus dilalui oleh calon
A)Bahagian I
B)Bahagian II
C)Bahagian III
A)Bahagian I
Para calon dikehendaki menghadiri kelas undang-undang selama lebih kurang 8 jam sebelum menduduki ujian undang-undang pada hari berikutnya.
Setelah calon melepasi ujian undang-undang dengan skor 42 dan lebih ,barulah calon mendapat lesen L kenderaan.
Calon akan dilatih oleh tenaga pengajar mengikut jadual yang ditetapkan.
B)Bahagian II ( LITAR )
Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) tu macam biasa la kan.
Cek keadaan kenderaan dari bonet depan hingga bonet belakang , keadaan tayar , dan sebagainyaa
Yang bezanya ialah di litar .
Terdapat penambahan iaitu.
- Pergerakan di selekoh S**
- Ujian mendaki dan menuruni bukit
- Pergerakan di selekoh Z**
- Memarkir sisi
- Pergerakan 3 penjuru
**Penambahan format
Selesai di dalam litar
C)Bahagian III ( JALANRAYA)
Dalam bahagian ini Cara pemanduan calon akan diuji seperti
i)Memandu di jalan yang lurus
ii)Memandu di persimpangan
iii)Membelok ke kiri dan ke kanan
iv)Memandu di selekoh
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah . Dengan sekali percubaan Fana lulus bahagian II & III . Pada rakan-rakan yang ingin menyambung kembali latihan memandu anda . Hati-hati . Pastikan anda alert dengan update terkini format. Sekadar perkongsian. Maaf andai tersilap
No comments:
Post a Comment