18 February 2015

Format terbaru lesen kelas D ( Motokar manual )

hye korang. harap korang dah maklumla ye yang lesen kenderaan kelas D iaitu lesen kereta telah banyak di ubah format. Fana sendiri terkejut bila diterangkan oleh tenaga pengajar . Format bertukar harga pun turut bertukar dari RM 700++ dulu dan kini hampir RM 1200++.Fana ambil dekat Johor.

Pertamanya .



Terdapat 3 Bahagian yang harus dilalui oleh calon
A)Bahagian I
B)Bahagian II
C)Bahagian III



A)Bahagian I

Para calon dikehendaki menghadiri kelas undang-undang selama lebih kurang 8 jam sebelum menduduki ujian undang-undang pada hari berikutnya.

Setelah calon melepasi ujian undang-undang dengan skor 42 dan lebih ,barulah calon mendapat lesen L kenderaan.

Calon akan dilatih oleh tenaga pengajar mengikut jadual yang ditetapkan.


B)Bahagian II ( LITAR )


Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) tu macam biasa la kan.
Cek keadaan kenderaan dari bonet depan hingga bonet belakang , keadaan tayar , dan sebagainyaa

Yang bezanya ialah di litar .


Terdapat penambahan iaitu.


  1. Pergerakan di selekoh S**
  2. Ujian mendaki dan menuruni bukit
  3. Pergerakan di selekoh Z**
  4. Memarkir sisi
  5. Pergerakan 3 penjuru
**Penambahan format


Selesai di dalam litar


C)Bahagian III ( JALANRAYA)


Dalam bahagian ini Cara pemanduan calon akan diuji seperti

i)Memandu di jalan yang lurus
ii)Memandu di persimpangan
iii)Membelok ke kiri dan ke kanan
iv)Memandu di selekoh



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Alhamdulillah . Dengan sekali percubaan Fana lulus bahagian II & III . Pada rakan-rakan yang ingin menyambung kembali latihan memandu anda . Hati-hati . Pastikan anda alert dengan update terkini format. Sekadar perkongsian. Maaf andai tersilap

















No comments: