24 August 2015

Review Pakej RM99 Langkawi

Untuk travellers , nah Fana nak share sikit pasal pakej murah ke langkawi.


Fana pergi under pakej RM99 . Pakej murah gila sebab Fana student lagi kan so banyak la promotion dekat uni Fana. Promo ni terbuka untuk semua golongan.

Pakej RM99 ni termasuk :
  • penginapan 3 hari 2 malam
  • kereta sewa
  • island hopping
Yang fun nya korang tak terikat dengan plan tour guide pun, korang boleh plan sendiri jadual trip korang tu. Nak pergi mana makan mana balik pukul berapa ikut suka hati korang. Cume the next day je korang kena bangun awal sikit la sebab ada sekali pakej island hopping. Tu je yang lain pandai-pandai la, waze kan ada. 

First day , sampai-sampai jeti langkawi terus check-in hotel dekat pekan kuah. Lepas dah settle semua terus ke "SKY CAB" Langkawi. Sebelum naik cable car tu ade la sikit slot 3D selama 8 minit untuk pengujung sky cab . Macam macam aktiviti disediakan.
Malam tu kami bersantai dekat Pantai Cenang. Pantai cenang memang hidup waktu malam dengan pelbagai aktiviti seperti Fire Show , busking , dan ramai jugak pelancong dan warga tempatan yang meluangkan masa berehat di pesisiran pantai walaupun dah pukul 2 pagi . Pesisir pantai tu ada cafe dan penginapan sesuai la kepada sesiapa yang nak berbulan madu . 






Second day , ber "Island hopping" dari pagi sampai petang . First time Fana naik bot . Nasib baik fana tak mabuk laut. Memang seronok . Sambil melihat keindahan dan kecantikkan alam dapat jugak fana sedikit informasi tentang pulau Langkawi ni. Pemandu bot tu terangkan serba sedikit tentang pulau -pulau yang kami kunjungi.
Malam tu kami singgah ke dataran helang . Tugu Helang yang menjadi lambang pulau langkawi. 




Last day , ber "shopping" dekat Haji Ismail group . Memang besar kompleks haji ismail macam macam ada . Harga pun berpatutan .
Sebelum kami balik tu kami singgah sat dekat Pantai Tanjung Rhu . Memang jernih air sampai ikan dan obor-obor pun boleh nampak jelas dari pemukaan air. YaAllah indahnya ciptaanMu .


Pulau Langkawi ni destinasi perlancongan yang sesuai untuk pencinta alam . Keindahan pantai yang permai dan tenang sangat-sangat mengujakan .  




Jumlah perbelanjaan 

Pakej = RM 99
Tiket Feri = RM 18 + RM 18
Minyak = RM 15
Makan = RM 60
Skycab = RM20
Cenderahati = RM 20
Lain-Lain = RM 150
(shopping)



Jumlah = RM350++
Sangat sangat jimat dan berbaloi.

Kalau sesiapa yang berminat boleh contact fana- 0142700904




2 comments:

aneesnurzalikha said...

No fon awak mcm tak complete lagi saty angka je. Sebab sy nak call tanya pasal pakej tu

Brader Jepp said...

nak tanya, sky cab tu mmg kena follow ke. boleh ke taknak ikot sky cab tu ?