Perempuan . Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society , kental bawak diri tak ada boyfriend , bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran , tetap tidak akan lari daripada bicara soal hati .
Andai hati itu asal nya lembut maka selamanya jua lembut
Suka orang itu , suka orang ini
Nak jaga hati
Tak nak lagha
Tak nak fikir yang sia-sia
kadang-kadang rasa rindu sangat-sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah
Tengok orang couple , rasa nak couple juga , bila fikir balik taknak couple sebab taknak buat perkara menghala dosa , tetapi naluri jiwa terseksa
Tengok orang kahwin nak kahwin juga . tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang .
Pelbagai rasa didengari
Pelbagai naluri merontai
Bercampur baur dalam hati
Itu lumrah sayang
Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa
Soal hati dan fitrah rasa untuk dihargai dan disayangi itu biasa
Cuma terkadang diri perlu tahu , fokus dan matlamat kehidupannya di mana.Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi . Diri tidak tentu hala .
Wake up. Hidup dalam dunia realiti yang sebenar.
Puteri-puteri
Perjalanan hidup ini masih jauh
masih banyak yang perlu diterokai
masih banyak yang perlu dipelajari
masih banyak yang perlu difahami
masih banyak yang perlu dihayati
bukan sekadar soal saya suka awak dan awak suka saya,
tiada apa lagi yang menjadi penghalang antara kita
dan jom kahwin semata-mata
Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.
Salah satu cabang yang penting
Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga perlu diberi fokus
Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang
Usah dipadam perasaan fitrah itu bahkan bijaklah dalam mengawalnyaa
Cari dimana jiwa yang benar menangis rindukan Rabbi seperti Rabi'ah el-Adawiyah
Cari dimana jiwa yang selalu bermunajat dan hanya berharap pada tuhannya seperti puteri kesayangan Rasulullah SAW . Fatimah Azzahra
Cari dimana jiwa yang tertanam akidah yang unggul di dalam hatinya seperti masyitah yang tegar terjun kedalam minyak yang panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan
Belajarla menjadi seorang wanita
Belajar untuk menjadi seorang wanita berjiwa hebat seperti srikandi-srikandi Islam.
Jangan biar diri gatal hanya mahu kahwin sahaja sedangkan persiapan diri layu
Waktu mahu kahwin sememangnya mahu kahwin kerana yang ada di hadapan segalanya terlihat indah
Tempoh selepas kahwin bukan sehari dua , tetapi biar mahu sampai ke syurga
Mahu kahwin bukan hidup berdua sahaja , nantinya keluarga sudah semakin besar
Kahwin bukan soal cinta dan suka sahaja
perkahwinan penuh dengan tanggungjawab dan cabaran yang menanti
Kalau kita yang seorang perempuan sekarang malas mahu menimba ilmu , maka dengan apa lagi mahu dididik anak-anak yang sedang membesar.
Kalau kita yang seorang perempuan lemah dalam mujahadah diri untuk buat amal maka contoh kebaikan apalagi yang mahu ditunjukkan kepada anak-anak
Kalau kita hanay perempuan yang hanya tahu duduk bersenang lenang dan lemah jiwanya maka siapa lagi yang mahu berada dibelakang menguatkan perjalanan dakwah seorang suami
kalau kita seorang perempuan yang lemah dalam menjaga kehormatan diri maka kecintaan dan kesetiaan apa yang akan tinggal buat seorang suami yang teguh menanti kelak
Ilmu sekarang bukan untuk skor Dean's list dan belajar jurusan di universiti sahaja
Ilmu sekarang perlu dicari dan sekurangnyaa diri punya asas dalam pelbagai cabang ilmu
Saat tiada terikat dengan tanggungjawab rumah tangga inilah waktunya untuk menimba ilmu dengan sebenarnya
Setidaknnya belajarla hukum-hukum fiqh
Setidaknya belajar bagaimana mahu untuk melayan dan mengerti isi hati dan jiwa si kecik
Setidaknya belajarlah menyesuaikan diri dalam masyarakat yang pelbagai
Belajarlah memasak . Biarlah potong bawang 3 hiris juga sudah menangis sebaldi . Asal sahaja mahu untuk belajar
Jadi anak dara harus belajar untuk bangun dan perkemaskan diri awal pagi
Bukan pula untuk tidur melangit hingga ke tengah hari
Belajar bagaimana mahu menjadi seorang wanita yang produktif
ya ,
kita bukan sempurna untuk tahu dan buat banyak perkara.
Hidup ini satu medan yang penuh hikmah untuk kita ambil dan pelajari sesuatu tiap saat.
Takada orang yang secara semulajadinya tahu banyak perkara.
Melainkan dia cuba untuk ambiltahu dan mahu belajar.
ini bukan untuk mendesak diri menjadi seorang perempuan yang sempurna tanpa cela tiap segi dan hebat sehingga bisa untuk terbang merentas langit ke-7 mengalahkan Wonder Woman.
Hidup ini cukup indah dan mudah
Buat apa yang Allah suka dan reda
Dan belajarlah untuk redadengan tiap apa yang Allah kurniakan
Kerana segalanya yang datang dari Allah baik-baik belaka
BERBAHAGIALAH WAHAI MUSLIMAH ,
BIDADARI SYURGA
2 comments:
good luck ... :)
meh singgah blog ika juga.. :)
nak link blog ika
Post a Comment