15 January 2015

Kepentingan Alat Pemadam Api terhadap Pengguna Jalanraya

Harini , kita digemparkan dengan kemalangan di jalan lebuhraya Kuala Kangsar Perak , yang melibatkan sebuah treler dengan beberapa buah kereta. Kemalangan ini telah mengorbankan seorang nyawa rakyat Malaysia.


menurut sumber daripada berita Tv3



Kalau la Fana diberi peluang menengahkan pandangan Fana .Perkara utama yang bakal diusulkan ialah penggunaan alat pemadam api. Fana berharap agar Perdana menteri memandang serius kes ini dan mengambil langkah-langkah pencegahan agar perkara sama tidak berulang lagi. Fana mencadangkan agar pihak kerajaan mewajibkan setiap kenderaan di Malaysia mempunyai alat pemadam api tersendiri.Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat .Negara kita sudah semakin moden dengan pelbagai prasarana yang disediakan . Tidak salah rasanya jika pihak kerajaan mengesyorkan penggunaan alat pemadam api dan memberikan sedikit potongan harga bagi pemilik kenderaan membeli sebuah alat pemadam api .


Hal ini kerana, jika dilihat dari sudut mata kasar memang agak melecehkan bagi sesetengah pihak bahkan memerlukan kos permulaan yang agak tinggi tetapi tetap tidak ternilai dengan harga satu nyawa .

Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak yang memerlukannnya dalam keadaan kecemasan. Malang tidak berbau demikian la kita tidak dapat menduga sesuatu yang bakal terjadi. Seperti kita lihat kemalangan yang berlaku itu, orang ramai hanya mampu melihat satu nyawa hangus dimamah api dan hanya mampu menyuruh mangsa mengucap sambil menunggu kehadiran pihak bomba datang untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit .
Terkilan sangat . Jika laa kenderaan mereka ada pemadam api tu . Kemungkinan besar untuk nyawa itu terselamat amatlah cerah.

Ya Allah . tolong la baca pandangan saya ini dengan suara hati . Letakkan diri kita di situasi keluarga mangsa yang hanya mampu melihat ahli keluarga atau rakan-rakan mereka dijilat api.





luahan hati seorang mahasiswi



Drop komen anda . terima kasih










2 comments:

Putera Zach said...

nak follow tapi takde button nak klik....

fatynnajwa said...

dah ada . maaf baru belajar :-)