20 January 2015

Program Secangkir Senyuman :)

Entry ni just nak sharing experience join and handle program under UiTM . Yes , firstly memang agak rumit tapi alhamdulillah berkat dorongan miss izzati program ini berjaya dilaksanakan. Program dilaksanakan seperti ketetapan berikut :


Tempat : Taman Desa Asnaf Perlis
Masa : 8.00 am- 4.00 pm
Sasaran peserta : Remaja lingkungan 10-18 tahun


selfie bersama coursemate sebelum bertolak


Objektif program ni ialah

  1. Membina keyakinan diri para peserta dalam bidang akademik
  2. Menggalakkan mereka berusaha lebih kearah masa depan yang lebih cerah
  3. Mendekati permasalahan remaja








Kami wakil daripada Kumpulan Khidmat Masyarakat UiTM Perlis seramai 40 orang serta 2 orang pengiring telah ditugaskan memotivasikan(kakak and abang fasilitator) pelajar-pelajar di Taman Desa Asnaf ini. Kami berharap mereka lebih berusaha gigih untuk membantu keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan ini.


Taman ini ditubuhkan oleh yayasan negeri selangor bagi membantu keluarga-keluarga miskin di negeri Perlis. Terdapat beberapa buah rumah yang dibina bagi menampung keluarga-keluarga ini. Setiap keluarga diberi sebuah rumah . Selain itu , mereka juga diberikan pekerjaan seperti menoreh getah dan bertani . Mereka diberikan peluang untuk mengubah nasib keluarga mereka. Mereka diberikan jangka masa tertentu untuk memulihkan kembali ekonomi keluarga mereka. Setelah ekonomi keluarga mereka stabil , mereka akan diberi pilihan untuk berpindah ke tempat masing- masing.
Kebanyakkan anak-anak di rumah ini berasa putus asa dan tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib mereka. Mereka berasa terpinggir dan terasing daripada rakan-rakan mereka. Mereka tidak mempunyai keyakinan diri untuk pergi ke sekolah . 


kumpulan 6





Antara aktiviti yang dijalankan ialah :


  • Sesi Ice-breaking pembahagian kumpulan 


  • Sesi membina keyakinan diri bersama fasilitator cilik Nur nabilah




  • Aktiviti kumpulan >> membina menara yang kukuh dan tinggi mengikut kreativiti









  • Slot ceramah motivasi daripada Pegawai kaunseling Uitm Perlis - Cik izzati binti samsuri

fokus menjalankan tugas



  • Sesi penyampaian hadiah














yeah !! kami JUARA !! Kumpulan 6 dalam kenangan







****program ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang berguna untuk saya. tetapi juga memberikan kesedaran kepada saya betapa bersyukurnya saya diberikan sedikit nikmat daripada mereka. Semoga adik-adik dapat berjaya walau dalam apa jua yang adik-adik ceburi serta dapat membantu keluarga terutama ibu dan ayah . 










Sekian , terima kasih 

No comments: